Leviera Confinement Care lahir daripada satu visi yang jelas untuk memberikan ibu-ibu selepas bersalin layanan berpantang yang eksklusif, mewah dan menyeluruh. Kami percaya setiap ibu berhak mendapat layanan bertaraf permaisuri selepas melalui perjalanan luar biasa melahirkan cahaya mata.
Leviera dibina atas keyakinan bahawa setiap wanita layak untuk pulih dalam suasana yang tenang dan selesa selepas melahirkan. Kami melihat ramai ibu yang keletihan, kurangnya sokongan dan tertekan sepanjang tempoh berpantang. Kami tahu sesuatu perlu dilakukan. Itulah sebabnya kami wujudkan Leviera Confinement Care – untuk beri sokongan penuh, dari segi penjagaan, makanan berpantang, pemulihan fizikal dan juga kesejahteraan emosi.
Di Leviera, kami gabungkan sentuhan tradisional dengan standard servis moden. Setiap pelanggan dilayan dengan penuh hormat, kasih sayang, dan profesionalisme – seolah-olah anda adalah sebahagian daripada keluarga kami sendiri.
Kami faham bahawa berpantang bukan sekadar soal rehat – ia adalah permulaan kepada fasa baru dalam hidup anda sebagai seorang ibu. Dengan Leviera, anda tidak sendirian. Kami di sisi anda – dengan layanan yang tulus dan bertaraf 5 bintang.